Sunday, 22 October 2017


Hasil carian imej untuk graduation
SIKAP YANG MENDORONG KE ARAH KEJAYAAN
Pernah terfikir, apa yang menyebabkan seseorang itu berjaya?  Apa bezanya mereka dengan orang yang kurang atau tidak berjaya?  Cuba fikir, mereka yang ternama yang telah berjaya.  Adakah anda sama seperti mereka?
Menurut kajian terkini dari pakar terkenal antarabangsa Stephen Covey, orang berjaya memiliki 12 sikap yang istimewa.  Sikap-sikap ini tidak semuanya diperolehi sedari kecil tapi mereka bangunkan dalam diri mereka sedikit demi sedikit.
Anda mungkin mahu baca keseluruhan artikel ini, supaya anda dapat kenal pasti apa sikap-sikap orang berjaya yang belum anda ada dan boleh mulakan untuk mengaplikasikannya dalam hidup anda.
Sikap 1:  Bersyukur.
Orang berjaya sentiasa bersyukur.  Tak kiralah samada apa yang mereka usahakan mencapai sasaran atau tidak, mereka tetap bersyukur.  Mereka akan cuba mencari kebaikan dalam semua perkara dan berusaha untuk melihat dari sudut yang baik-baik.
Mereka faham, bila mereka bersyukur lebih banyak perkara yang baik-baik akan datang.  Dan, mereka juga tahu ada ramai lagi yang lebih kurang bernasib baik dari mereka.
Sikap 2: Membina keyakinan.
Keyakinan memang tidak akan datang dengan sendiri.  Anda perlu berusaha untuk mendapatkan rasa yakin.  Orang berjaya akan membina keyakinan mereka dengan mendapatkan ilmu dan pengetahuan yang secukupnya tentang sesuatu perkara.  Yang paling menarik, mereka akan mendapatkannya dari beberapa sumber dan mengkajinya sehingga dirasakan sesuai dengan mereka.
Dalam Islam, ada 4 keyakinan yang kita perlu miliki iaitu Ilmul Yaqin, Ainul Yaqin, Haqqul Yaqin dan Qamalul Yaqin.
Sikap 3: Tidak membanding-bandingkan diri sendiri.
Orang yang berjaya tidak akan membanding-bandingkan diri sendiri dengan orang lain.  Mereka akan menerima kekurangan diri sendiri sebaiknya dan cuba memperbaikinya.  Dan, segala kebaikan mereka ada, dilihat sebagai peluang untuk membantu orang lain.
Sikap 4:  Suka membantu orang lain.
Ini memang susah! Orang yang berjaya akan sentiasa mencari jalan menggunakan kelebihan yang mereka ada untuk menambah nilai hidup orang lain.  Mereka akan memberi bantuan dalam apa cara yang mereka boleh termasuk suka berkongsi ilmu.
Sikap 5: Memupuk perhubungan sosial.
Jarang kita dapat lihat, orang yang berjaya tidak suka bercampur-gaul dengan orang lain.  Jika ada pun, mungkin mereka ada masalah tertentu.  Di mana-mana, kita selalu melihat orang-orang yang berjaya mudah untuk membina perhubungan positif terutama di dalam persekitaran yang baik dan positif.
Kadang-kadang ada antara mereka cuba membina perhubungan dengan orang yang di luar lingkup sosial mereka dengan harapan untuk memberi peluang kepada orang lain untuk dapat lebih kebaikan.
Sikap 6: Mempunyai strategi sendiri.
Orang berjaya tidak mengambil pendekatan hentam sahaja dalam melakukan sesuatu terutama perkara-perkara besar.  Mereka selalunya akan mengambil kira beberapa faktor seperti adakah ianya membawa kebaikan, berapa lama masa yang perlu diluangkan, adakah kebaikan tersebut untuk jangka panjang dan banyak perkara lagi.  Disamping itu, mereka juga mempunyai strategi untuk menerima kegagalan.  Kerana mereka yakin, ada perkara boleh berlaku di luar jangkaan dan setiap kegagalan ada pengajarannya.
Sikap 7: Memaafkan.
Ini memang sukar!  Orang berjaya mudah memaafkan.  Sebagaimana mereka tidak mahu orang lain tidak memaafkan mereka, mereka juga tidak mahu menyimpan dendam.  Bagi mereka, dendam boleh membinasakan.  Dendam adalah perasaan negatif yang boleh menjadi racun dalam diri.
Ada juga orang yang berjaya kerana menjadikan dendam sebagai satu motivasi positif. Tapi, mereka adalah berdendam bukan kepada orang tetapi kepada peristiwa yang menjadikan mereka terinspirasi untuk membuktikan bahawa mereka sebenarnya lebih baik.
Sikap 8: Menambahkan pengalaman.
Jika anda perhatikan, orang yang berjaya suka mencari pengalaman-pengalaman baru.  Mereka sentiasa mencari peluang untuk mencuba sesuatu yang baru, melancong ke lokasi yang baru, melakukan aktiviti-aktiviti yang berbeza dan banyak lagi.  Ini kerana mereka suka menguji diri mereka untuk mengatasi halangan dan cabaran yang berbeza.  Pada setiap perkara baru yang mereka lakukan, pasti ada halangan dan setiap kali mereka mengatasi halangan-halangan mereka mencipta kejayaan baru.
Sikap 9: Menikmati kehidupan.
Pelik sikit! Orang yang berjaya selalunya menikmati setiap saat kehidupan mereka.  Mereka meraikan walaupun sekecil-kecil kejayaan.  Ini kerana mereka sangat menghargai nyawa dan waktu yang diberikan Tuhan.  Oleh sebab itu ‘lah, kita selalu lihat orang yang berjaya selalu mengelilingi diri mereka dengan perkara-perkara yang membawa kegembiraan kepada mereka.
Sikap 10:  Komitmen yang tinggi untuk mencapai impian.
Ini memang jarang ada pada orang yang biasa-biasa.  Tahap komitmen orang yang berjaya adalah sangat tinggi.  Mereka akan memastikan mereka capai apa yang mereka mahukan dalam tempoh masa yang ditetapkan.  Mereka juga mempunyai disiplin diri yang kuat, tidak mudah terganggu dengan keadaan sekitar dan sangat fokus dalam melakukan tindakan yang membawa mereka ke arah kejayaan.
Boleh dikatakan, orang yang berjaya akan ketagih mencipta kejayaan-kejayaan lain, sebab itulah mereka akan sentiasa berjaya.
Sikap 11:  Menjaga kesihatan.
Apa gunanya kejayaan jika tubuh badan tidak sihat untuk menikmatinya?  Oleh kerana itu ramai orang yang berjaya akan mengambil langkah sebaiknya untuk menjaga kesihatan.  Mereka menjaga pemakanan, bersenam, beriadah, mengambil vitamin dan juga tidak terlibat dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan kesihatan mereka.
Ini adalah penting! Kesihatan yang baik juga sebenarnya suatu kejayaan.
Sikap 12:  Menjaga perhubungan dengan Allah swt.
Sebesar mana pun usaha yang diambil, setinggi mana pun cita-cita kita, hanya dengan izin Allah kejayaan akan dicapai.  Orang yang berjaya sangat berpegang teguh kepada perkara ini.  Mereka bukan sahaja mengejar kejayaan di dunia tetapi juga kejayaan di akhirat.  Mereka sangat yakin, bahawa Allah yang memberikan mereka kemampuan untuk berusaha dan menganugerahkan mereka dengan kejayaan dan juga Allah boleh menarik balik segala anugerah tersebut sekelip mata.
Yang mereka kejar ialah kejayaan di akhirat.
Boleh dikatakan, orang yang berjaya sangat ketagih untuk mencipta kejayaan baru.  Mereka takkan membiarkan diri mereka hanyut dalam satu kejayaan sahaja.  Mereka mahu mengispirasikan seluruh dunia dengan kejayaan mereka.  Anda pernah kenal orang seperti ini, atau adakah anda orang yang seperti ini.
Sikap mana yang anda belum ada? Masih belum terlambat untuk lakukan sesuatu.
Salam kejayaan,

Friday, 20 October 2017

CUTI CUTI MALAYSIA....
Malaysiamerupakan negara yang terbahagi kepada 13 buah negeri dan setiap negeri-negeri ini mempunyai pelbagai tempat menarik yang boleh dikunjungi bersama keluarga atau sahabat handai. Jadi tidak hairanlah jika ramai pelancong luar yang gemar melancong ke negara kita dan antara yang menjadi tumpuan adalah kawasan pantai, hutan rekreasi dan bandar.
Bagi rakyat tempatan pula, sudah menjadi rutin bagi mereka untuk bercuti di dalam negara kerana Malaysia sendiri mempunyai tarikannya yang tersendiri. Jika korang masih belum habis terokai tempat menarik di Malaysia ambil masa untuk terokai negara sendiri dan bandingkan dengan negara lain. Dari situ maka akan timbulnya semangat cintakan negara dalam diri kita.

Tempat Menarik Di Malaysia

Senarai Tempat Menarik Di Malaysia Untuk Bercuti
Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara, ambil peluang ini untuk terokai tempat menarik di Malaysia. Jom kita ketahui tempat menarik di Malaysia yang boleh korang kunjungi mengikut kategori yang telah Acul senaraikan dibawah.

Destinasi Pulau-Pulau Di Malaysia

pulau di malaysia tempat menarik di malaysia untuk bercuti
Beruntungnya kita sebagai rakyat Malaysia kerana di Malaysia terdapat banyak destinasi pelancongan pulau-pulau yang bertaraf dunia. Pulau-pulau ini juga sering menjadi tumpuan pelancong dari luar negara. Pelbagai aktiviti yang menarik boleh dilakukan seperti snorkeling, scuba, diving, berkelah dan sebagainya.
1. Pulau Langkawi
Pulau Langkawi pernah mendapat tangga kedua sebagai destinasi berbulan madu terbaik di dunia dalam Anugerah Pelancongan Terbaik Travel + Leisure. Selain dari itu juga, banyak lagi anugerah pelancongan bertaraf dunia yang pernah dimenangi oleh Pulau Langkawi. Pulau Langkawi menawarkan pelbagai tarikan pelancongan sama ada di laut, gunung, hutan paya bakau, pusat membeli-belah, sukan air dan sebagainya.
2. Pulau Pinang
Bagi kita mungkin menganggap Pulau Pinang sebagai nama negeri sahaja. Namun di mata dunia, Pulau Pinang dianggap sebagai sebuah pulau yang menarik untuk bercuti kerana di disini terdapatnya pelbagai produk pelancongan dan aneka makanan sedap serta senibina dan kebudayaan yang boleh didapati disini.
3. Pulau Perhentian
Pulau Perhentian sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan dan pelancong dari luar negara sebagai sebuah destinasi pulau di Malaysia yang bajet serta sangat menarik untuk aktiviti laut. Pilihan penginapan bajet juga banyak disini dan permukaan dasar laut untuk menyelam juga bertaraf dunia serta sesuai untuk lakukan aktiviti menyelam, diving, scuba dan snorkeling selain daripada air lautnya yang jernih dan cantik.
4. Pulau Tioman
Pulau Tioman dianggap sebagai antara pulau yang tercantik di dunia. Walaupun pulau ini paling moden dengan prasarana yang lengkap berbanding beberapa pulau yang lain, namun kecantikan alam semulajadi masih lagi dikekalkan dan terjaga. Memang tak disangkal Pulau Tioman merupakan tempat menarik di Malaysia untuk berbulan madu kerana kawasan pulaunya yang cantik dan menenangkan.
5. Pulau Mabul
Pulau Mabul merupakan pulau terpencil di perairan Negeri Sabah yang dipenuhi dengan pokok kepala, pasir pantai putih yang gebu dan juga dikelilingi dengan perairan penyu. Pulau Mabul sangat terkenal di kalangan penyelam-penyelam professional di seluruh dunia sebagai salah satu destinasi menyelam yang terbaik di dunia.

Destinasi Pantai Peranginan Di Malaysia

Pantai di Malaysia Tempat Menarik Di Malaysia
Di Malaysia terdapat banyak pantai peranginan yang cantik yang seringkali menjadi tumpulan pelancongan dari dalam dan luar negara untuk aktiviti berkelah, bermandi manda, BBQ dan melakukan aktiviti pantai tanpa perlu pergi ke pulau-pulau. Berikut merupakan 5 destinasi pantai peranginan yang popular di Malaysia.
1. Pantai Cherating
Pantai Cherating merupakan pantai peranginan yang sangat popular di pantai timur. Selain pantainya yang luas dan landai, airnya sangat sesuai dan selamat untuk bermandi-manda. Banyak chalet dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan disini. Pantai Cherating juga antara salah satu tempat menarik di Malaysia untuk pasangan yang ingin berbulan madu.
2. Port Dickson
Port Dickson terletak di Negeri Sembilan sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan dan seringkali dikunjungi lebih-lebih lagi ketika hujung minggu kerana dekat dengan ibu kota Kuala Lumpur dan Negeri Selangor. Disini juga terdapat pelbagai kemudahan yang boleh dinikmati oleh pengunjung antaranya hotel, chalet, rumah tumpangan, gerai makanan, hospital dan sebagainya.
3. Pantai Desaru
Pantai Desaru merupakan pusat pantai peranginan di Johor yang menjanjikan percutian yang menenangkan fikiran dari kesibukan di kota. Resort dan kebersihan disini juga sangat bagus dan seringklai menjadi kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara setiap hujung minggu.
4. Tanjung Jara
Pantai Tanjung Jara merupakan pantai peranginan esklusif yang terletak di Dungun, Terengganu yang menghadap keindahan pantai dan Laut Cina Selatan. Pantai ini sering menjadi pilihan pelancong dan warga kota yang inginkan privasi.
5. Pantai Teluk Cempedak
Pantai Teluk Cempedak terletak di tengah-tengah bandar Kuantan, Pahang. Di sekitar pantai ini terdapatnya beberapa resort dan hotel di tepi pantai yang sesuai untuk bercuti. Pantai ini juga dekat dengan bandar serta ada kemudahan seperti medan ikan bakar, pusat membeli-belah dan pelbagai tarikan lain.

Taman Tema Air Di Malaysia

sunway lagoon tempat menarik di selangor
Selain daripada pulau-pulau dan pantai di Malaysia yang seringkali menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara, Malaysia juga mempunyai banyak taman tema air yang semenangnya popular di kalangan penduduk tempatan yang kesini untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga terutamanya pada hujung minggu dan cuti sekolah. Berikut antara taman tema air yang ada di Malaysia untuk dikunjungi.
1. Sunway Lagoon
Sunway Lagoon merupakan taman tema air yang sangat popular dan terbaik di Malaysia yang terletak di Subang Jaya Selangor. Sunway Lagoon mempunyai tarikan permainan yang menarik sesuai untuk kanak-kanak dan juga dewasa. Sunway Lagoon juga pernah dianugerahkan sebagai taman tema air yang keempat terbaik di Asia oleh TripAdvisor pada tahun 2015. Antara kemudahan lain yang ada disini adalah pusat membeli belah Sunway Pyramid dan Hotel.
2. Gambang Water Park
Gambang Water Park terletak di Bukit Gambang Kuantan, Pahang. Gambang Water Park mempunyai beberapa permainan gelonsor yang esktrem untuk golongan dewasa. Selain dari itu juga kemudahan dan prasarana disini lebih terjaga dan permainan untuk kanak-kanak juga banyak.
3. Lost World Of Tambun
Lost World Of Tambun terletak di Ipoh, perak yang sangat unik dan dikelilingi oleh hutan hujan tripika, tasik dan bukit batu kapur yang berusia jutaan tahun. Disini terdapat pelbagai gelongsor air yang menarik untuk dimain oleh kanak-kanak.
4. Wet World Shah Alam
Wet World Shah Alam merupakan taman tema air yang berkonsepkan alam sekitar dan tarikan utama disini adalah gelongsor air yang panjangnya 205 meter (Monsoon Buster Adventure) dan juga gelongan air gergasi yang dikenali sebagai Super Hurricane.
5. A Famosa Resort Water World
A Famosa Resort Water World merupakan sebahagian daripada 3 taman tema yang ada di A Famosa Resort dan taman tema air ini merupakan yang terbesar di Malaysia serta mempunyai pelbagai jenis permainan air yang sesuai untuk kanak-kanak. Disini juga terdapat gelongsor air yang lebih ekstrem untuk orang dewasa.

Tempat Bersejarah Di Malaysia

Kota A Famosa Melaka
Sebelum Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957, Malaysia telah dijajah oleh pelbagai negara seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun kerana Malaysia kaya dengan bahan galian. Disebalik penjajahan ini banyak peninggalan bahan bersejarah serta kubu yang dibina beratus-ratus tahun dan kini tempat-tempat bersejarah ini menjadi tempat tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.
1. Kota A Famosa
Kota A Famosa yang terletak di Negeri Melaka merupakan sebuah tapak kubu peninggalan Portugis yang berusia lebih daripada 500 tahun dan merupakan bahan binaan Eropah yang tertua di Asia. Ia juga merupakan mercu utama Negeri Melaka Bandar Bersejarah dan merupakan tempat bersejarah di Malaysia yang paling popular.
2. Chandi Lembah Bujang
Chandi Lembah Bujang dipercayai merupakan bahan binaan manusia yang tertua di Asia Tenggara yang terletak di Kedah. Kewujudan Chandi ini mengikut pengkaji dibina sejak awal tahun Masihi lagi.
3. Fort Conwallis
Fort Conwallis merupakan kubu pertahanan yang berusia lebih 200 tahun yang dibina oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris selepas menjajah Pulau Pinang daripada penguasaan Kedah.
4. Istana Lama Seri Menanti
Istana Lama Seri Menanti merupakan istana lama di Negeri Sembilan yang dibina tanpa menggunakan sebarang paku dan dibina dengan hanya menggunakan pasak kayu sebagai pengganti untuk menghubungkan kayu-kayu dan tiang.
5. The Dutch Fort (Kota Belanda)
The Dutch Fort dibina pada tahun 1670 dan terletak di Pulau Pangkor. Pada asalnya ianya merupakan tempat simpanan biji timah yang diambil dari Perak dan seterusnya dibina semula sebagai kubu pertahanan selepas dihancurkan oleh penduduk tempatan.

Lokasi Alam Semulajadi Terbaik Di Malaysia

alam semulajadi di Malaysia
Malaysia kaya dengan alam semulajadi yang cantik dan memukau bagi sesiapa yang melihatnya. Malaysia juga seringkali dijadikan sebagai tempat pelancongan dari dalam dan luar negara yang gemar dengan keindahan alam semulajadi. Bagi mereka yang minat dengan alam semulajadi ini sudah semestinya hutan, gunung-ganang dan bukit menjadi pilihan utama.
1. Gunung Kinabalu
Gunung Kinabalu merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara dan merupakan antara gunung yang amat popular dikalangan pendaki sama ada dari dalam dan luar negara. Saban tahun ribuan pelancong dan pendaki yang kesini semata-mata untuk mencuba menawan puncak Gunung Kinabalu.
2. Taman Negara Bako
Taman Negara Bako ini terletak di Kuching, Sarawak yang menyimpan banyak khazanah alam semulajadi dan hidupan liar seperti orang utan, burung-burung dan monyet. Moskot Tahun Melawat Malaysia 2014 “Monyet Belanda” juga antara monyet yang ada disini. Rata-rata pelancong yang datang kesini adalah pelancong dari luar negara.
3. Taman Negara Pahang
Taman Negara Pahang merupakan taman negara dan hutan simpan yang pertama di Malaysia dan juga merupakan tempat pelancongan di Pahang yang sangat popular. Antara aktiviti menarik disini adalah river cruise, jungle trekking, melihat flora dan funa dan perkampungan orang asli. Puncak tertinggi di hutan simpan ini adalah Gunung Tahan yang merangkumi pelbagai spesis Flora dan Fauna yang sangat eksotik.
4. Taman Negara Niah
Taman Negara Niah merupakan salah satu tempat pelancongan di Malaysia yang sangat popular di kalangan peneroka gua di dalam dan luar negara. Disini terletaknya Gua Niah yang mempunyai ketinggian sehingga 40 meter. Stalagtit yang ada disini sememangnya memukau para peneroka yang kesini.
5. Taman Negara Mulu
Selain daripada aktiviti melihat jutaan kelawar dan meneroka Gua Niah, korang juga boleh mencuba “Canopy Walk” yang dianggap antara yang tertinggi di dunia.

Zoo Dan Akuarium Di Malaysia

Zoo Negara Kuala Lumpur tempat menarik di malaysia
Di Malaysia terdapat banyak Zoo dan Akuarium yang menarik untuk dikunjungi bersama ahli keluarga. Bagi korang yang ingin mencari tempat pembelajaran untuk anak-anak bagi mengenali lebih dekat haiwan-haiwan ini secara lebih dekat Zoo dan Akuarium adalah tempat yang sesuai. Selain itu juga korang berpeluang untuk melihat haiwan yang tidak ada di dalam Malaysia secara lebih dekat.
1. Zoo Negara
Zoo Negara Kuala Lumpur merupakan zoo yang paling popular di Malaysia yang terletak di Ampang. Zoo ini menempatkan ratusan haiwan dalam dan luar negara. Antara yang popular disini adalah panda, penguin, harimau bintang, ikan lumba-lumba, singa dan banyak lagi.
2. Zoo Melaka & Night Safari
Zoo Melaka terletak di Ayer Keroh, Melaka dan merupakan antara tarikan pelancongan yang ada di Negeri Melaka. Antara tarikan di Zoo Melaka ini adalah aktiviti Night Safari pada setiap hujung minggu. Pengunjung boleh melihat haiwan yang aktif pada waktu malam seperti singa, harimau dan banyak lagi.
3. Aquaria KLCC
Aquaria KLCC terletak di KLCC Kuala Lumpur pernah dinobatkan sebagai salah satu aquarium yang terbaik di Asia dan merupakan tempat menarik di Malaysia yang sering dikunjungi. Banyak spesis ikan laut termasuk jerung yang ada dalam koleksi ikan-ikan disini. Jika korang mempunyai lesen menyelam, korang juga berpeluang berenang bersama ikan jerung disini. Aquaria KLCC merupakan satu tempat pelancongan di Malaysia yang wajib kita kunjungi sekali seumur hidup.
4. Zoo Taiping & Night Safari
Zoo Taiping terletak di Taiping, Perak dimana Zoo ini merupakan tempat pelancongan yang popular di Perak. Zoo ini menempatkan lebih 1,300 ekor haiwan daripada 130 sepesis. Zoo ini juga antara zoo yang tertua di Malaysia. Aktiviti night safari juga ada pada setiap hari dan merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila melihat haiwan yang aktif pada waktu malam secara dekat.
5. Underwater World Langkawi
Underwater World Langkawi merupakan akuaria yang menempatkan hidupan laut dan air tawar yang paling besar di Asia Tenggara. Dengan lebih 500,000 liter air laut di dalam akuaria ini serta mampu untuk menempatkan ribuan jenis ikan-ikan besar dan kecil daripada pelbagai spesis dalam dan luar negara menjadikan akuaria ini antara tempat popular di Langkawi dan seringkali dikunjungi oleh pelancong dari luar. Antara haiwan yang popular disini adalah Rockhopper Penguin, African Penguin dan Singa Laut.
_______
Secara keseluruhannya, memang tidak terkira banyaknya senarai tempat menarik di Malaysia yang boleh kita lawati. Destinasi-destinasi ini bukan sahaja popular di kalangan masyarakat tempatan malahan popular di kalangan pelancong dari luar. Setiap tahun Malaysia menerima jutaan pelancong dari luar negara dan ini menunjukan negara kita mempunyai banyak aset pelancongan yang mampu untuk diketengahkan.
Ambil masa sedikit untuk kita terokasi tempat menarik di Malaysia ini. Kalau bukan kita rakyat Malaysia yang menyokong industri pelancongan negara siapa lagi yang nak menyokong kan?

Info, Tips, Tutorials and My Story~





Hasil carian imej untuk pharmacist

Info - Diploma Farmasi (Pharmacy)



Melanjutkan Pelajaran Dalam Diploma Farmasi 
(Pharmacy)
Apa itu Farmasi?
Farmasi adalah suatu profession ilmu pengetahuan tentang kimia ubat-ubatan dan sains kesihatan. Bidang ini merangkumi aspek tradisional seperti penyediaan dan pendispensan perubatan serta aspek moden seperti rawatan pesakit, khidmat klinikal, kajian keselamatan dan keberkesanan dibahagikan dan penyeliaan maklumat tentang perubatan. Bidang farmasi boleh dibahagikan kepada beberapa bidang kepakaran seperti kimia farmaseutikal, kimia farmaseutik, farmakologi, praktis farmaseutikal dan biofarmaseutikal.

Diploma Farmasi (Pharmacy) direka bagi memberikan pelajar pengetahuan yang mendalam tentang kimia perubatan, aspek kesan dan tindakba;as perubatan kepada tubuh badan manusia, penyediaan perubatan, dan pendispensan ubat. Program ini membentuk kerjaya pelajar sebagai pembantu farmasi di farmasi hospital, rangkaian farmasi runcit, dan sebagai pembantu pengilang di industri pengilangan farmaseutikal.

Siapa yang sesuai untuk bidang ini?
Program ini sesuai bagi mereka yang berminat tentang:
  • Kimia perubatan, ilmu tentang bagaimana ubat dihasilkan
  • Individu yang berminat untuk mempelajari bagaimana ubat-ubatan diserap masuk ke dalam badan manusia dan bagaimana tubuh manusia bertindak terhadap ubat tersebut.
  • Kesan ubat-ubatan terhadap tubuh badan manusia
  • Bagaimana untuk menyediakan ubat-ubatan untuk pesakit.
  • Bagaimana untukmendispens ubat kepada pesakit
  • Perkhidmatan rawatan dan khidmat klinikal kepada pesakit
  • Penyediaan maklumat tentang ubat-ubatan
  • Kerjaya dalam bidang perkhidmatan kesihatan, samaada di farmasi hospital, farmasi runcit atau industri pembuatan ubat.

DI ANTARA KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI
Pharmacognosy
Pelajar akan didedahkan dengan aplikasi farmaseutikal, penghasilan, dan tindakbalas kimia bahan semulajadi daripada daun, bebunga, batang, dahan dan akar pokok dan tumbuh-tumbuhan semulajadi yang mempunyai nilai perubatan.

Ilmu Farmasi
Pelajar akan memperoleh pengetahuan tentang tindak balas yang berlaku apabila sesuatu sebatian ubat-ubatan memasuki tubuh badan manusia dan bagaimana sistem tubuh badan bertindakbalas terhadap ubat tersebut dalam memberikan kesan perubatan.

Bentuk sediaan farmasi dan amalan makmal
Pelajar akan mendapat pendedahan yang mendalam mengenai semua jenis bentuk dos di dalam bidang farmaseutikal merangkumi produk dalam bentuk cecair, ampaian, emulsi, separa-pepejal, serbuk dan granul, tablet dan kapsul.

Hospital & Farmasi Klinik
Pelajar akan diberikan pengetahuan dan pengalaman sebenar dalam bidang organisasi hospital dan farmasi hospital meliputi pelbagai cabang daripada perolehan, perkhidmatan maklumat ubat-ubatan, penjagaan pesakit, dan tugas-tugas rutin sebagai pembantu farmasi di farmasi hospital.

Prospek Kerjaya
Graduan berpeluang menceburi Pelbagai industri seperti:-
- Hospital
- Farmasi runcit
- Industri pembuat ubat-batan

Peluang pekerjaan sebagai:-
- Pembantu Farmasi di hospital
- Pembantu Farmasi di Farmasi Runcit
- Pembantu Pengilang di Industri pembuatan ubat-ubatan






Sunday, 1 October 2017


6 Easy Ways to Make Boxed Brownies Better

6-easy-ways-to-make-boxed-brownies-better_hero
Pantry staple stir-ins and simple substitutions make creating the brownie of your dreams dangerously easy.


Get nutty

6-easy-ways-to-make-boxed-brownies-better_01
Okay, okay, so this concept is nothing new, but we can’t overemphasize the impact a handful of chopped nuts can add to your go-to brownie recipe. Think beyond the basic walnut, and try a handful of salted mixed nuts, smoked almonds, pecans or pistachios.

Add a hint of salt

6-easy-ways-to-make-boxed-brownies-better_02
The delicate balance of sweet chocolate and salt is undeniably addictive, and thankfully, there’s more than one way to work a salty element to your brownies. Minimalists might enjoy sprinkling a teaspoon of crunchy, flaky sea salt (we’re partial to Maldon) on top of just-baked brownies, while those seeking a hit of texture AND salty goodness, might relish a handful of salty pretzels or potato chips mixed into prepared brownie batter.

Experiment with extracts

6-easy-ways-to-make-boxed-brownies-better_03
When you want to maintain the purity of classic fudge brownies, but also want a pop of flavor, a teaspoon or two of extract might be all you need. From nutty (almond, hazelnut) to wild (root beer, banana) to spicy (pumpkin pie, cinnamon) to classic (coffee, vanilla, mint, raspberry), there’s no shortage of inspiration in the extract shelf.

Swap Fats

6-easy-ways-to-make-boxed-brownies-better_04
For a subtle upgrade, swap out the called-for vegetable oil with an equivalent amount of melted butter or coconut oil. The results are so incredibly rich and fudgy, they’ll fool even the most die-hard of brownie snobs into thinking these are scratch-made.

Throw in something decadent

6-easy-ways-to-make-boxed-brownies-better_05
The quickest way to customize a batch of brownies is as easy as raiding your pantry. Stir a handful (or two) of your favorite candy into the bowl of batter, sandwich a layer of cookies and candies in between two layers of batter or work into the topping—there really is no wrong way to load your brownies up.

Add a Swirl

6-easy-ways-to-make-boxed-brownies-better_06
Dollops of decadent fillings can add major visual impact and rich flavor to a regular ol’ pan of brownies. Cheesecake marbling is a natural fit, but peanut butter, cookie butter, caramel and marshmallow swirls are equally delicious.